Sunday 28 October 2012

aku mencari kamu

kamu,

aku malu bila berbicara tentang cinta. adakah aku layak untuk berbicara soal cinta jika aku tak mampu membuktikan cinta aku pada kamu?

tiada kata bisa diungkap untuk menggambarkan perasaan aku terhadap kamu. sungguh perasaan ini amat dalam, dan tak mungkin terhapus dek waktu. bukan aku ingin menguar-uarkan betapa agungnya cinta aku pada kamu, cuma aku mahu kamu tahu, perasaan ini benar.

pada Tuhan aku berserah segalanya. biar aku telan rasa ini. biar ia terus hanyut dalam dada. akan terus ku ukirkan senyuman. kerna jika kamu tercipta untukku, pasti Dia akan temukan kita. aku mahu satu ikatan yang suci, mulia di sisi Tuhan. seikhlas hati akan aku menyayangi kamu.

aku.

No comments:

Post a Comment