Monday, 26 December 2011

loving others


daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat:

Allah SWT:   wahai manusia, Aku sakit tapi kamu tidak menjenguk-Ku.
manusia:        bagaimana aku dapat menjenguk-Mu sedangkan Engkau Tuhan semesta alam?

Allah SWT:   tahukah kamu bahawa hamba-Ku, polan bin polan sakit tetapi kamu tidak menjenguknya. padahal seandainya kamu menjenguknya, nescaya kamumendapati-Ku di sisinya. wahai manusia, aku minta makanan kepadamu tapi kamu tidak memberi makan kepada-Ku.
manusia:        bagaimana aku boleh memberi makan kepada-Mu sedangkan Engkau Tuhan semesta alam?

Allah SWT:   tidakkah engkau tahu bahawa hamba-Ku, polan bin polan meminta makan kepadamu, tapi kamu tidak memberi makan kepadanya. tahukah kamu, sekiranya kamu memberi makan kepadanya, nescaya kamu mendapat pahala disisi-Ku. wahai manusia, Aku meminta minum daripadamu tapi kamu tidak memberi minum kepada-Ku.

manusia:        bagaimana aku boleh memberi minum kepada-Mu sedangkan Engkau Tuhan semesta alam?

Allah SWT:   tahukah kamu bahawa hamba-Ku, polan bin polan meminta minum daripadamu tetapi kamu tidak memberinya minuman. padahal seandainya kamu memberi minum kepadanya, nescaya kamu mendapati pahala disisi-Ku."

Riwayat Muslim

No comments:

Post a Comment